|
|
|
-
Terkini! format baru bagi subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Perubahan format dalam kedua-dua kertas bahasa itu agak banyak dan
menyeluruh. Calon boleh mengetahui dan memahami semua aspek mengenai format
baru itu apabila merujuk buku berkenaan.
-
Mengandungi lima buku meliputi subjek yang diuji dalam peperiksaan
berkenaan, iaitu Bahasa Melayu (Kertas 1), Bahasa Melayu (Kertas 2), Bahasa
Inggeris, Sains (Bahagian A dan Bahagian B) dan Matematik (Kertas 1 dan
Kertas 2).
-
Menyediakan latih tubi berkesan kepada calon UPSR.
-
Setiap buku mengandungi antara tujuh dan lapan set lengkap soalan
peperiksaan yang dibina oleh guru pakar berpengalaman luas dan terbabit
secara langsung dalam mengajar, memeriksa dan membina soalan.
-
Soalan-soalan dalam buku itu dibina berdasarkan ‘trend’ soalan lalu dan
mengikut format terbaru serta aras kesukaran dan piawaian peperiksaan UPSR
sebenar.
-
Turut memuatkan penerangan ringkas mengenai format dan bentuk soalan,
panduan menjawab soalan, kesalahan lazim calon dan analisis lengkap
peperiksaan untuk lima tahun terdahulu.
-
Ciri istimewa: Terdapat carta Ukuran Prestasi Calon untuk membantu calon
mengenal pasti kelemahan dalam sesuatu topik bagi sesuatu mata pelajaran.
Maklumat lanjut...
|
|
Buku-buku dalam siri ini disusun untuk membimbing dan mengukuhkan persediaan
calon menghadapi peperiksaan UPSR. Kandungan buku dalam siri ini meliputi
nota-nota ringkas mengikut topik, soalan latihan topikal serta soalan latihan
model kertas soalan UPSR.
Antara Keistimewaan buku dalam siri
ini:
- Nota yang Berkesan
Nota-nota yang ringkas dan padat tetapi menyeluruh bagi memudahkan calon
memahami sesuatu topik
- Pendekatan yang Mudah dan Praktikal
Pendekatan yang mudah, ringkas dan sistematik dengan mengambil kira keperluan
calon menangani kesilapan dan kelemahan mereka dalam menjawab soalan
UPSR.
- Latihan Menyeluruh
Latihan meliputi topik, serta model-model soalan UPSR. Soalan-soalan ini
dibina seiras, setaraf serta mengikut aras kesukaran dan piawaian
UPSR.
- Jawapan yang Lengkap
Jawapan yang lengkap dan tepat serta mengikut skema pemarkahan UPSR
Maklumat lanjut...
|
Yang Indah itu Bahasa
- Koleksi tulisan Prof Dato’ Dr Nik Safiah Karim di halaman Pendidikan Berita Harian.
- Menekankan aspek bahasa dan konteks penggunaannya dalam masyarakat
- Termuat juga aspek tatabahasa seperti aspek perkataan dan aspek ayat
- Penghayatan unsur keindahan bahasa dari aspek pemilihan dan makna perkataan
- Bermanfaat untuk semua pembaca khususnya kepada mereka yang ingin meningkatkan kemahiran berbahasa dengan betul dan cantik
- Boleh menjadi panduan yang berkesan untuk pelajar menguasai bahasa Melayu
|
Pensijilan Terbuka SPM
- Memberi perincian terhadap pensijilan terbuka SPM yang diperkenalkan pada tahun 2000
- Disusun daripada pelbagai sumber yang autoritatif di Kem,enterian Pendidikan
- Maklumat mengenai pakej dan kombinasi mata pelajaran yang di tawarkan di dalam pensijilan terbuka SPM
- Bermanfaat kepada pelajar membuat pemilihan mata pelajaran yang bersesuaian apabila menjejaki tingkatan empat.
- Rujukan yang berkesan untuk pihak sekolah dan ibu bapa bagi memberi bimbingan kepada pelajar dan anak-anak mereka.
|
|