Penggunaan
Akhbar Melalui Konsep ADD
Bengkel Guru >> Bahan - Gambar
Catatan:
Setiap pelajar mempunyai naskhah akhbar sendiri
Setiap hari Berita Harian menyiarkan banyak gambar berwarna
dan hitam putih. Ia boleh digunakan untuk pelbagai aspek pengajaran
dan pembelajaran.
1. Membina soalan berdasarkan 5W + 1H mengenai sesuatu gambar:
- Siapa?
- Apa?
- Bila?
- Di mana?
- Mengapa?
- Bagaimana?
2. Membuat
sendiri keterangan gambar.
3. Penggunaan gambar untuk mengajar tatabahasa.
4. Mengaitkan beberapa gambar untuk membuat karangan.
5. Cari gambar yang ada beberapa persamaan. Minta murid memberi
hujah.
6. Menamakan benda/orang yang dapat dilihat daripada sesuatu
gambar.
7. Menyediakan dialog
8. Membuat lukisan berdasarkan sesuatu gambar.
9. Nilai murni dan sebaliknya daripada sesuatu gambar.
10. Mewarnakan gambar.
11. Membuat karangan imaginasi berdasarkan gambar.
12. Mengkategorikan jenis gambar (Alam dan Manusia)
13. Mengkategorikan bentuk objek dalam gambar.
14. Menggunakan gambar untuk mengajar Matematik seperti iklan
pasar raya.
15. Gunting dan susun gambar kemudian tampal di atas kertas
lukisan (mata pelajaran Pendidikan Seni)
|