Pos Malaysia

Khamis, 24 Julai 2008 Laman Utama | ADD | Bengkel Guru | Pesanan Akhbar | Seminar | Buku | Year 1 Form 1 | Harian Pendidikan | Didik | Minda | Skor
Buku UPSR Seminar PMR Seminar SPM Klinik UPSR
 
lagi berita...
  Hubungi:
    Unit Pendidikan Berita Harian 
    Tel: 03-2056 9781 / 770 
    E-mail: upen@nstp.com.my

BAGAIMANAKAH MEMULAKAN ADD DI BILIK DARJAH?

1.     Persediaan Guru

Pengetahuan Konsep ADD

(a)   Mengetahui melalui menghadiri bengkel atau ceramah ADD.

(b)   Mengetahui melalui pembacaan akhbar dan bahan-bahan lain.

Kreativiti guru

Guru yang mengajar sesuatu tajuk bagi sesuatu mata pelajaran dengan menggunakan akhbar akan sentiasa kreatif sewaktu mengendalikan kelas.

2.     Persediaan akhbar

(a)   Membuat tempahan awal dengan pihak pengedaran akhbar berkenaan.

(b)   Memastikan yang pihak pengedaran akhbar memberi perakuan yang akhbar yang ditempah sampai mengikut masa yang dikehendaki.

(c)   Jika menggunakan akhbar lewat, sampai sehari sebelum kelas diadakan.

(d)   Jika menggunakan akhbar semasa, sampai pada waktu pagi, sebelum sekolah bermula.

(e)   Bilangan akhbar mencukupi untuk semua murid.

3.     Persediaan Mengajar

(a)   Guru terlebih dahulu melihat akhbar yang akan digunakan. Tujuannya untuk menentukan bahan yang berkaitan dengan tajuk yang hendak diajar didapati dalam akhbar berkenaan.

(b)   Guru membuat persediaan pengajaran seperti biasa.

Antaranya termasuklah butir berikut:

  • Menentukan objektif pengajaran

  • Induksi set

  • Pengenalan

  • Langkah-langkah pengajaran

  • Penutup

(c)   Catatan mengenai pengajaran hendaklah dibuat seperti biasa. Bagaimanakah jika menggunakan akhbar semasa? Pastikan anda menggunakan bahasa yang memang ada dalam akhbar. Misalnya menggunakan rencana pengarang untuk meringkas karangan atau menggunakan iklan jawatan untuk menulis surat kiriman rasmi. Bahan-bahan ini memang sedia ada dalam akhbar.

4.     Perlukah Guru Besar/Pengetua Diberitahu?

(a)   Guru Besar atau pengetua dimaklumkan melalui catatan dalam buku persediaan mengajar, terutama catatan mingguan.

(b)   Bagaimanapun, sebelum membuat keputusan untuk memulakan program ADD, elok diadakan perbincangan dengan Guru Besar/Pengetua untuk mengelak daripada berlaku salah faham.

(c)   Seperkara lain yang penting dibincang dengan Guru Besar/Pengetua ialah mengenai cara mendapatkan akhbar, terutama yang membabitkan pembayaran.

5.     Persediaan Kelas/Murid

(a)   Pastikan setiap murid mempunyai naskhah akhbar masing-masing.

(b)   Murid membawa bahan yang diperlukan seperti gunting dan gam.

6.     Pengendalian Kelas

(a)   Kelas dijalankan seperti biasa. Laksanakan pengajaran seperti dirancang atau dicatat dalam buku ringkasan mengajar.

(b)  Guru membuat penyeliaan dengan bijaksana, terutama sewaktu murid-murid membuat aktiviti seperti memotong dan menampal bahan dalam akhbar.


 

ADD
Unit Pendidikan Berita Harian
Akhbar Dalam Pendidikan
Konsep ADD
Literasi Akhbar
Gambarajah Literasi Akhbar
 
  Bengkel Guru
Bagaimanakah memulakan ADD di dalam bilik darjah?
Penggunaan Kartun (Komik)
Bahan Gambar
Pendidikan Seni
Surat Kiriman
Lisan
 
  Pesanan Akhbar
Langganan 2005

Hakcipta Terpelihara 2005 © Unit Pendidikan, Berita Harian Sdn Bhd