Pos Malaysia

Jumaat, 29 Ogos 2008 Laman Utama | ADD | Bengkel Guru | Pesanan Akhbar | Seminar | Buku | Year 1 Form 1 | Harian Pendidikan | Didik | Minda | Skor
Buku UPSR Seminar PMR Seminar SPM Klinik UPSR
 
lagi berita...

Konsep penggunaan akhbar dalam pengajaran dan pemelajaran ini di kembangkan oleh Berita Harian sejak 1985 dengan kerjasama Kementerian Pendidikan. Ribuan sekolah telah melaksankannya. Dan berterusan hingga ke hari ini.

AKHBAR DALAM PENDIDIKAN

 1.     Penggunaan bahan akhbar dalam pendidikan di Malaysia

Penggunaan bahan akhbar bukanlah perkara baru dalam dunia pendidikan kita. Ia digunakan oleh guru-guru secara langsung atau tidak langsung, sejak zaman sebelum merdeka.

Guru-guru menggunakan dengan pelbagai cara dan pendekatan mengikut kepakaran dan cara masing-masing. Sebenarnya apa saja cara dan pendekatan yang digunakan adalah sesuai asalkan matlamat dan objektif pengajaran tercapai.

2.     Penggunaan akhbar melalui KBSR dan KBSM

Penggunaan bahan akhbar adalah digalakkan menerusi KBSR dan KBSM, terutamanya dalam pengajaran mata pelajaran Bahasa Melayu, Matematik, Pendidikan Seni dan sebagainya.

 3.     Pelbagai cara penggunaan akhbar

Penggunaan akhbar dalam pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dalam pelbagai pendekatan. Antaranya ialah;

(a)      Penggunaan bahan akhbar

Bermaksud guru menggunakan bahan yang digunting daripada akhbar sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran

(b)      Penggunaan secara tidak formal

Penggunaan secara tidak formal seperti bahan bacaan bilik darjah atau perpustakaan. Kebanyakan kelas membuat tempahan akhbar untuk bacaan bersama.

(c)      Penggunaan melalui konsep ADD

Akan dibincangkan lebih lanjut kemudian.

(d)     Pengumpulan bahan

Murid mengumpul bahan akhbar berdasarkan tajuk atau membuat buku skrap. Bahan yang dikumpul itu biasanya diletakkan di suatu sudut dalam bilik darjah. Ia sangat penting untuk rujukan.

(e)      Kerja-kerja projek

Akhbar sering dijadikan sebagai sumber rujukan untuk sesuatu kerja projek, mini tesis dan sebagainya oleh pelajar di institusi pendidikan profesional seperti maktab perguruan dan universiti.

 


 

ADD
Unit Pendidikan Berita Harian
Akhbar Dalam Pendidikan
Konsep ADD
Literasi Akhbar
Gambarajah Literasi Akhbar
 
  Bengkel Guru
Bagaimanakah memulakan ADD di dalam bilik darjah?
Penggunaan Kartun (Komik)
Bahan Gambar
Pendidikan Seni
Surat Kiriman
Lisan
 
  Pesanan Akhbar
Langganan 2005

Hakcipta Terpelihara 2005 © Unit Pendidikan, Berita Harian Sdn Bhd