Khamis, 15 March 2018 | 8:05am
ROHANI (duduk tengah) bersama bersama kira-kira 50 wanita pelbagai latar belakang dalam selepas menghadiri jamuan makan tengah hari dan ramah mesra di kementeriannya, semalam.

Kongsi peranan bantu perkasa wanita

Putrajaya: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim, semalam meluangkan masa menghadiri jamuan makan tengah hari dan ramah mesra bersama kira-kira 50 wanita pelbagai latar belakang di kementeriannya.

Antara yang hadir pada majlis itu adalah Kaum Hawa Bangi Lakehill Villas (BLHV) dan Exco Persatuan Peguam Syarie Malaysia.

Dalam majlis yang berlangsung kira-kira dua jam itu, Rohani turut berkongsi mengenai peranan yang dilaksanakan oleh kementerian itu dalam membantu dan memperkasa golongan wanita melalui program dan dasar yang diusahakan kerajaan.

Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita Datuk Yatimah Sarjiman turut memberi penerangan kepada tetamu yang hadir berkenaan program Tahun Memperkasa Wanita 2018 (TMW18) yang akan dilaksana sepanjang tahun ini oleh kementerian bersama rakan strategik yang lain.

263 dibaca
Berita Harian X