Sabtu, 6 Januari 2018 | 9:31am
PENGASAS BisnesJaya Group, Datuk Jahlilawati Abu Bakar. - Foto Osman Adnan

Jahlilawati mahu lahir ramai jutawan

KUALA LUMPUR: Usaha keras pengasas BisnesJaya Group, Datuk Jahlilawati Abu Bakar, bukan semata-mata untuk diri sendiri, sebaliknya membantu individu yang ingin berniaga dengan cara mudah menerusi pelbagai program disediakan secara percuma.

Melahirkan lebih 10 jutawan menerusi program Usahawan Berjaya yang diketengahkannya, Jahlilawati tekad melahirkan usahawan menerusi perniagaan berasaskan pemasaran rangkaian giat dikongsikan.

Diberi gelaran multi jutawan, wanita berusia 51 tahun itu berkata pengalaman dilalui membuatkan dirinya terdorong menubuhkan Akademi Bisnesjaya yang memberi tumpuan kepada kursus dan latihan bagi memantapkan jati diri sebagai usahawan.

Pengalaman lapan tahun menceburi perniagaan pemasaran digunakan sepenuhnya untuk berkongsi dengan individu lain.

"Selain masih menjalankan tiga perniagaan berasaskan pemasaran, rangkaian saya yakin dengan adanya bimbingan tepat lebih ramai jutawan dapat dilahirkan terutama dalam kalangan wanita.

Tempat lahirkan jutawan

"Akademi Bisnesjaya adalah tempat melahirkan jutawan. Perniagaan bukan hanya berasaskan modal tetapi memilih mentor yang dapat membantu mencapai impian dengan cepat dan mudah.

"Kursus dan bimbingan tidak hanya menumpukan individu sudah mempunyai produk sendiri tetapi mereka yang tidak biasa dengan dunia perniagaan dan ingin berkecimpung dalam bidang itu," katanya ketika ditemui di Akademi Bisnesjaya, di sini.

Jahlilawati berkata, program yang giat dilaksanakan itu turut mengetengahkan konsep kursus tersendiri dikenali

Special Coaching Datuk Jah (SCDJ) sesuai untuk usahawan tanpa mengambil kira produk dan perkhidmatan dipasarkan mereka.


ANTARA produk makanan kesihatan dikeluarkan Jahlilawati dan

Ia seiring dengan objektif utama bagi melahirkan usahawan yang bukan saja berdaya maju tetapi juga mempunyai daya tahan dan daya saing.

"Program dikongsi secara percuma ini berfungsi meningkatkan potensi pembangunan keusahawanan sama ada kalangan mereka yang masih baru mahupun lama dalam bidang perniagaan.

"Selain aspek pengurusan, tumpuan turut diberikan kepada pengendalian perniagaan secara lebih berkesan termasuk latihan keusahawanan, pembangunan perniagaan, projek pembangunan, perancangan dan penyelidikan," katanya.

Beliau kini turut mengeluarkan produk makanan kesihatan sendiri sebagai usaha jangka panjang bagi membuka peluang perniagaan kepada individu ingin berniaga.

Katanya, alasan untuk menolak perniagaan kerana merasakan ia susah perlu ditangkis, sebaliknya bakal usahawan perlu positif dan sentiasa mempunyai keinginan untuk cemerlang.

Dapat pulangan tinggi

"Perniagaan pemasaran rangkaian tidak memerlukan modal banyak tetapi mendapat pulangan yang tinggi sekiranya ia dilakukan dengan betul,

"Tiada alasan takut untuk mencuba dalam memulakan perniagaan. Menerusi konsep perniagaan pemasaran usahawan juga tidak perlu mengeluarkan modal tinggi," katanya.

Berkongsi panduan kejayaan, katanya usahawan perlu memiliki sikap mudah diajar dan menerima pelajaran daripada individu berpengalaman dan juga mentor.

"Selain jati diri, disiplin, komunikasi dan cara membuat keputusan usahawan juga perlu terbuka untuk menerima teguran dan perkongsian ilmu.

"Jaringan sosial dan komitmen juga penting untuk membolehkan usahawan bertahan dan berkembang jauh," katanya.

1152 dibaca
Berita Harian X