
DUA petugas melakukan kerja-kerja persiapan akhir menjelang Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. - Foto BERNAMA

PETUGAS sibuk melakukan persiapan akhir menjelang Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Perhimpunan agung itu akan berlangsung bermula 5 hingga 9 Disember 2017 dengan 5,739 perwakilan dijadualkan menghadiri perhimpunan itu. - Foto BERNAMA

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak diberi penerangan oleh Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh (dua dari kanan) ketika meninjau Laman Media sempena Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. - Foto BERNAMA

RAPTAI penuh perbarisan kehormat yang disertai 50 perwakilan daripada setiap sayap Wanita, Pemuda, dan Puteri sebagai persiapan menjelang Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali

ANGGOTA polis melakukan persiapan keselamatan menjelang Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali

ANGGOTA polis melakukan persiapan keselamatan menjelang Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali

PETUGAS Perhimpunan Agung UMNO 2017, Fariha Jamaludin menunjukkan lencana rasmi yang akan digunakan sebelum diedarkan kepada petugas di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. - Foto Asyraf Hamzah

PETUGAS Perhimpunan Agung UMNO 2017, Fariha Jamaludin memeriksa lencana rasmi yang akan digunakan sebelum diedarkan kepada petugas. - Foto Asyraf Hamzah

DETIK-DETIK sejarah mengenai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bertemu dengan beberapa pemimpin dunia dipamerkan pada dinding Laman Media menjelang Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. - Foto BERNAMA

LUKISAN mural pada dinding di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) adalah perjalanan sebuah cerita mengenai perjuangan UMNO yang menentang Malayan Union dan berusaha menuntut kemerdekaan daripada British.

PETUGAS melakukan kerja-kerja persiapan akhir menjelang Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. - Foto BERNAMA

PETUGAS melakukan kerja-kerja persiapan akhir menjelang Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.- Foto BERNAMA

PETUGAS Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) memasang potret Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak dan bekas-bekas Presiden UMNO ketika persiapan akhir sempena Perhimpunan Agung UMNO 2017 di PWTC hari ini. - Foto BERNAMA

SEORANG pekerja melakukan persiapan akhir menjelang Perhimpunan Agung UMNO 2017 yang akan berlangsung pada 5-9 Disember di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. - Foto Muhd Zaaba Zakeria

SETIAUSAHA Kerja UMNO, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, memantau raptai penuh perbarisan kehormat yang disertai 50 perwakilan daripada setiap sayap Wanita, Pemuda, dan Puteri sebagai persiapan menjelang Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali

RAPTAI penuh perbarisan kehormat yang disertai 50 perwakilan daripada setiap sayap Wanita, Pemuda, dan Puteri sebagai persiapan menjelang Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali

RAPTAI penuh perbarisan kehormat yang disertai 50 perwakilan daripada setiap sayap Wanita, Pemuda, dan Puteri sebagai persiapan menjelang Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali

PASUKAN Koir Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Jabatan Perdana Menteri ketika raptai penuh menjelang Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali

RAPTAI penuh perbarisan kehormat yang disertai 50 perwakilan daripada setiap sayap Wanita, Pemuda dan Puteri sebagai persiapan menjelang Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali
.jpeg.transformed_6.jpg)
SEBAHAGIAN daripada perwakilan UMNO mula mendaftar. - Foto Syarafiq Abd Samad
.jpeg.transformed_5.jpg)
PETUGAS menyusun beg untuk diberikan kepada perwakilan yang mendaftar bagi mengikuti Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. - Foto Syarafiq Abd Samad

PERWAKILAN Teluk Intan, Norafidah Othman (kiri) bersama perwakilan Lenggong, Hafipah Abd Rahman, Suhaimi Zainun dan Maria Rosli selepas sesi mendaftar. - Foto Syarafiq Abd Samad

PERWAKILAN Bukit Bintang dan Batu melihat kandungan beg selepas mendaftar di PWTC, Kuala Lumpur. - Foto Syarafiq Abd Samad

KEMERIAHAN suasana di dalam PWTC menyambut ketibaan perwakilan Perhimpunan Agung UMNO 2017. - Foto Syarafiq Abd Samad

KEADAAN di luar Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur dengan bendera UMNO megah berkibar. - Foto Syarafiq Abd Samad

SEBAHAGIAN daripada perwakilan yang hadir di Konvensyen P&M 2.0 Penerangan dan Media Istiqamah dalam Perjuangan di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. - Foto Eizairi Shamsudin

KETUA Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa menyampaikan ucapan mengenai Pemerkasaan Roh Perjuangan UMNO di Konvensyen P&M 2.0 Penerangan dan Media Istiqamah Dalam Perjuangan yang diadakan di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. - Foto Eizairi Shamsudin

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama Ketua Pegawai Eksekutif The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Datuk Abdul Jalil Hamid (dua dari kanan) melawat bilik operasi NSTP pada Majlis Perasmian Laman Media Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, pagi ini. - Foto Aizuddin Saad

PETUGAS media melalui laluan pengimbas automatik ketika memasuki Laman Media UMNO 2017 sempena Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. - Foto Salhani Ibrahim

PETUGAS BH, Mohd Syahmi Hamka (kanan) memberi penerangan kepada Norfaizah Mashhud (dua dari kanan) dan rakan yang lain mengenai langganan akhbar digital kumpulan NSTP secara percuma kepada ahli UMNO selama setahun pada Perhimpunan Agung UMNO 2017 di PWTC, Kuala Lumpur. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam

DARI kiri, Amira Nasuha Shahiran, Delima Tanjung Ashikin Ednirwan, Nur Arissa Muzaffar dan Nur Nadrahtul Farhana Mohd Sabri melakukan mengalukan kedatangan tetamu untuk mengunjungi Pameran Korporat Perhimpunan Agung UMNO 2017 di PWTC, Kuala Lumpur. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam

NAIB Presiden UMNO yang menjalankan tugas Timbalan Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tengah) bersama Ketua Pegawai Eksekutif The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Datuk Abdul Jalil Hamid (lima dari kanan) melancarkan Laman Media sempena Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Turut hadir, Pengarang Eksekutif Berita, Rencana dan Digital BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman (kiri); Pengarang Kumpulan New Straits Times, Datuk Yushaimi Yahaya (dua dari kanan); Timbalan Pengarang Urusan Kumpulan, Berita dan Hal Ehwal Semasa, Rangkaian Televisyen MPB, Datuk Manja Ismail (dua dari kiri); Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh (kanan); Ketua Pengarang Kumpulan The Star, Datuk Leanne Goh (tiga dari kanan); Ketua Pengarang Kumpulan BERNAMA, Datuk Zakaria Abdul Wahab (tiga dari kiri) dan Penasihat Media UiTM, Prof Dr Azizil Halim Yahya (empat dari kanan). - Foto Asyraf Hamzah

KAKITANGAN CJ WOW Shop, Fadzira Ruslan (kiri) memberi penerangan mengenai barangan yang dijual di gerai CJ WOW Shop kepada perwakilan UMNO Kuala Selangor, Murtini Kasman (kanan) dan Hasida Kasrin sempena Perhimpunan Agung UMNO 2017 di PWTC, Kuala Lumpur. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam

ORANG ramai menjamu selera di Kafe Rakyat RM6 sempena Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din

ANTARA aktiviti yang diadakan di gerai pameran Kementerian Pendidikan Malaysia sempena Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din

ANAK-ANAK dari sekolah bimbingan jalinan kasih Chow Kit yang terdiri daripada gelandangan membuat persembahan di gerai pameran Kementerian Pendidikan Malaysia sempena Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din

SEBAHAGIAN daripada petugas media yang bertugas di Laman Media sempena Perhimpunan Agung UMNO 2017 di PWTC, Kuala Lumpur. - Foto Syarafiq Abd Samad

SUKARELAWAN Koridor Penerangan sedang menyiapkan pameran Fotografi Perdana Menteri Prihatin Rakyat sempena Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din

SUASANA di luar pekarangan PWTC sempena Perhimpunan Agung UMNO 2017. - Foto Yazit Razali

SEBAHAGIAN ahli UMNO melihat pameran bergambar sempena Perhimpunan Agong UMNO 2017 di PWTC, Kuala Lumpur. - Foto Zunnur Al Shafiq

PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Najib Razak bersama Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bergambar dengan pemenang pertandingan Fotografi PM Prihatin Rakyat sempena Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. - Foto Luqman Hakim Zubir

DARI kiri: Aizuddin Saad, Danial Saad, Ghazali Kori dan Sairien Nafis bergambar bersama selepas memenangi pertandingan Fotografi PM Prihatin Bersama Rakyat selepas Majlis Taklimat Presiden UMNO di Perhimpunan Agung UMNO 2017 di PWTC, Kuala Lumpur. - Foto Syarafiq Abd Samad

PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Najib Razak dan Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Timbalan Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan sebahagian perwakilan menyanyikan lagu Bersatu Bersetia Berkhidmat selepas penyampaian amanat presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. - Foto Mohd Yusni Ariffin

PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Najib Razak ketika menyampaikan amanat presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. - Foto Muhd Zaaba Zakeria

NAIB Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melaungkan Hidup UMNO selepas berucap merasmikan Persidangan Sayap-Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri sempena Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. - Foto Aizuddin Saad