;
Rabu, 14 Februari 2018 | 1:23pm
PILIHAN kelima dari Switzerland, Stan Wawrinka dikejutkan pemain Belanda, Tallon Griekspoor pada pusingan pertama tenis Terbuka Rotterdam. - Foto EPA

Wawrinka dikejutkan pemain ranking ke-259 dunia

ROTTERDAM: Juara tiga kali Grand Slam, Stan Wawrinka dikejutkan dengan kebangkitan pemain Belanda, Tallon Griekspoor apabila menyingkirkannya pada pusingan pertama tenis Terbuka Rotterdam dengan kemenangan 4-6, 6-3, 6-2.

Pilihan kelima dari Switzerland itu sekali lagi tewas kepada pemain kurang ternama, selepas tersingkir di pusingan kedua Terbuka Australia di tangan Tennys Sandgren dan Mirza Basic dari Bosnia di Terbuka Sofia minggu lalu.

Wawrinka, 32, juara di Rotterdam pada tahun 2015, bergelut mendapatkan prestasi terbaiknya selepas menjalani lutut ketika musim panas.

Pemain Switzerland itu kini tewas tiga perlawanan dan menang tiga sejak kembali

beraksi pada Januari.


TALLON Griekspoor mencatat kejayaan terbesar dalam kariernya di mana Terbuka Rotterdam adalah perlawanan ketiga pada peringkat ATP yang disertainya.

Pemain nombor 259 dunia, Griekspor yang baru berusia 21 tahun, mencatat kejayaan terbesar dalam kariernya di mana ini adalah perlawanan ketiga pada peringkat ATP yang disertainya.

"Ia hari yang tidak baik di pejabat," kata Wawrinka.

"Masih banyak kerja perlu dilakukan untuk kembali.

"Ada turun naik. Hari ini bukan hari terbaik saya. Dia bermain dengan baik dan berusaha mendapatkannya. Dia bermain pada peringkat yang tinggi dan berhak untuk menang.

"Saya perlu bersabar, saya sedar ia akan mengambil masa yang panjang."


TALLON Griekspoor (kanan) menima ucapan tahniah daripada Stan Wawrinka selepas memenangi pusingan pertama tenis Terbuka Rotterdam.

Pilihan keempat David Goffin dari Belgium yang muncul naib juara tahun lalu, mengetepikan Nicolas Mahut dalam dua set untuk mara ke kelompok 16 terakhir.

Pemain nombor tujuh dunia itu menguasai permainan dan akan bertemu Feliciano Lopez dari Sepanyol.

Roger Federer akan memulakan kempen di Ahoy Arena hari ini, dengan pemain Switzerland itu berpeluang memintas Rafael Nadal dan menjadi pemain paling tua merangkul gelaran nombor satu dunia sekiranya berjaya mara ke separuh akhir. - AFP

479 dibaca
Berita Harian X