Khamis, 15 Februari 2018 | 7:39am
PEMAIN Liverpool meraikan kejayaan menewaskan FC Porto dengan lima gol tanpa balas pada aksi Liga Juara-Juara di Stadium Dragao, sebentar tadi. - Foto EPA
MOHAMED Salah (kanan) mengawal bola sebelum menewaskan penjaga gol Porto, Jose Sa untuk jaringkan gol kedua The Reds. - Foto Reuters
TRENT Alexander-Arnold mengasak pemain Porto, Yacine Brahimi (kanan) ketika cuba bersaing mendapatkan bola. - Foto AFP
ROBERTO Firmino (kanan) diasak pemain Porto, Sergio Oliveira. - Foto AFP
PENJARING hatrik Liverpool, Sadio Mane meraikan jaringannya ketika membantu The Reds menewaskan FC Porto, sebentar tadi. - Foto EPA

Liverpool pesta gol belasah Porto

PORTO: Sadio Mane mencatat hatrik ketika Liverpool berpesta gol membelasah Porto, 5-0 di Estadio do Dragao, di sini, sebentar tadi untuk selangkah lagi mara ke suku akhir Liga Juara-Juara.

Mane meledak gol pertama pada minit ke-25, sebelum Mohamed Salah tampil menambah kelebihan The Reds empat minit kemudian untuk kedudukan 2-0 sebelum rehat.

Penyerang Senegal itu menambah jaringan kedua buat dirinya pada minit ke-53 untuk mengenepikan terus cabaran tuan rumah, sebelum Roberto Firmino turut mencatat nama sebagai penjaring 20 minit kemudian bagi kedudukan 4-0.

Ketika saingan berbaki lima minit, Mane sekali lagi tampil untuk melengkapkan hatriknya pada saingan di Eropah.

Liverpool yang beraksi buat pertama kali di peringkat kelompok 16 kejohanan selepas sembilan tahun, kini sudah hampir pasti mara ke peringkat suku akhir menjelang aksi kedua di Anfield pada 6 Mac ini. - AFP

3459 dibaca
Berita Harian X