Jumaat, 14 Ogos 2015 | 4:38pm

Mayat polis marin jatuh bot ditemui


MAYAT anggota Pasukan Polis Marin (PPM) Lans Koperal Hazri Mokhtar, yang mati lemas selepas terjatuh dari kapal ronda PA51 di Jeti Limbungan Prospect, Kuala Sungai Endau, Tanjung Gemuk, Endau, di bawa naik ke jeti untuk dihantar ke Hospital Mersing dibedah siasat. - Foto Ikhwan Muhammad

MERSING: Mayat seorang anggota Pasukan Polis Marin (PPM) yang hilang selepas tergelincir ketika sedang mengecat bot pada jam 10.30 pagi tadi, ditemui dua jam kemudian.

Ketua Penguatkuasa Maritim Pangkalan Maritim Mersing (PM5), Leftenan Komander Maritim Amiludin Yenggah, berkata mangsa Lans Koperal Mohd Hazri Mohd Mokhtar, 40, ditemui orang awam pada jam 11.52 pagi tidak jauh dari tempat kejadian.

Katanya, mangsa adalah seorang anggota PPM yang berkhidmat di Pangkalan Polis Marin Tampoi, Johor Bahru dan mayat dihantar ke Hospital Mersing untuk bedah siasat.

102 dibaca
Berita Harian X