Sabtu, 20 September 2014 | 9:02am

Toshiba Portege Z10t - Dua dalam satu


Toshiba Portege Z10t

KOMPUTER riba atau laptop dua dalam satu yang boleh juga digunakan sebagai tablet, kini diminati pengeluar produk elektronik.

Beberapa contoh antaranya Dell XPS, ThinkPad Helix ataupun Lenovo Yoga 11S. Kini Toshiba juga menghasilkan model serupa, yakni Portege Z10t.

Laptop ini hadir dengan skrin berukuran 11.6 inci full HD yang dilapisi pelindung Corning Concore Glass. Laptop ini juga mempunyai papan kekunci boleh dipasang dan dibuka mengikut kesesuaian.

Sebagai tambahan, papan kekunci mempunyai spill resistant dan touchpad yang mendukung gesture Windows 8. Berikutnya, tablet ini menggunakan prosesor Intel Core i5 atau i7 dan RAM berkapasiti 4GB.

Untuk penyimpanan data, terdapat pilihan SSD 128GB atau 256GB. Untuk sistem operasi, Toshiba membenamkan OS Windows 8 pada laptop ini.z

52 dibaca
Berita Harian X