Selasa, 20 Jun 2017 | 6:59am

Qatar, AS bincang isu Teluk minggu depan


SHEIKH Mohammed Abdulrahman al-Thani. - Foto Reuters

DOHA: Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed Abdulrahman al-Thani, berkata beliau akan mengunjungi Amerika Syarikat minggu depan bagi membincangkan kesan perselisihan dengan negara Teluk terhadap ekonomi serta usaha menentang keganasan.

Bercakap kepada pemberita di sini, Sheikh Mohammed berkata, Qatar bersedia untuk mengadakan dialog dengan negara-negara Teluk lain untuk menyelesaikan krisis itu.

Bagaimanapun, katanya, ia perlu dilakukan mengikut prinsip yang jelas, malah Doha percaya penyelesaian akan dicapai menerusi Kuwait yang dilantik sebagai orang tengah. - Reuters

28 dibaca
Berita Harian X