Khamis, 29 Jun 2017 - 3:27PM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Piala Konfederasi: Loew ceria Jerman raih 3 mata


PEMAIN Australia, Aziz Behich (kanan) diasak pemain Jerman Joshua Kimmich (kiri) dan Julian Brandt (tengah) pada aksi perlawanan bola sepak kumpulan FIFA Piala 2017 antara Australia dan Jerman di Stadium Fisht di Sochi, Rusia. - Foto EPA

SOCHI, Russia: Pasukan muda Jerman berjaya mengatasi kebangkitan babak kedua Australia untuk membuka kempen Piala Konfederasi mereka dengan kemenangan 3-2 mengatasi Australia di sini.

Jaringan oleh Lars Stindl dan Leon Goretzka selain penalti Julian Draxler, menyaksikan kemenangan Jerman seterusnya memberikan mereka kedudukan kedua Kumpulan B di belakang Chile, yang akan dihadapi mereka di Kazan, Khamis ini.

Pemain tengah Celtic, Tommy Rogic menjadikan kedudukan 1-1 pada babak pertama dan Tomi Juric menambah gol kedua Australia selepas rehat daripada gol yang dibenarkan walaupun dikatakan terkena tangan berdasarkan rakaman video bantuan pengadil (VAR).

Skuad Socceroos kemudiannya memiliki beberapa peluang lewat permainan untuk menyamakan kedudukan tetapi Jerman mampu bertahan.

"Saya gembira kami berjaya meraih tiga mata," kata jurulatih Jerman, Joachim Loew.

"Kami bermain baik pada babak pertama - hanya satu perkara buruk kerana kami hanya mendahului 2-1 sebelum rehat.

"Kami kehilangan rentak selepas 60 minit dan perlu bekerja keras mengekalkan kestabilan, tetapi banyak perkara berlangsung dengan baik."

Australia seterusnya akan berdepan Cameroon, yang tewas 2-0 kepada Chile dalam perlawanan pembukaan di Saint Petersburg Khamis ini dengan kedua-dua pasukan memerlukan kemenangan untuk mara ke separuh akhir. - AFP


Trending

    Disyorkan