Selasa, 20 Jun 2017 | 1:26am

Piala Konfederasi: Jerman atasi Australia


PEMAIN tengah Jerman, Lars Stindl (kanan) cuba melorongkan bola kepada rakan sepasukan sambil dikawal pemain Australia, Aaron Mooy pada perlawanan Piala Konfederasi, sebentar tadi. - Foto AFP

SOCHI, Russia: Skuad Jerman yang tampil dengan barisan pemain lebih muda menang tipis 3-2 ke atas wakil Asia, Australia pada dalam saingan Kumpulan B Piala Konfederasi sebentar tadi.

Skuad kendalian Joachim Loew bagaimanapun menyaksikan kebangkitan Australia pada babak kedua sebelum memastikan tiga mata penuh bagi membuka kempen di Sochi, Russia.

Jerman mendahului seawal minit kelima menerusi Lars Stindl tetapi kelebihan itu dipadamkan Tommy Rogic pada minit ke-41.

Jerman kembali di depan menerusi sepakan penalti kapten Julian Draxler tiga minit kemudian.

Bersambung babak kedua, Jerman menambah jaringan menerusi Leon Goretzka pada minit ke-48 dan gol kedua Australia dijaringkan Tomi Juric pada minit ke-57.

Kemenangan itu meletakkan Jerman di tangga kedua di belakang Chile - lawan kedua mereka di Kazan Khamis ini.

- AFP

25 dibaca
Berita Harian X