Selasa, 20 Jun 2017 | 12:40am

Skuad futsal wanita negara atasi Hong Kong


GAMBAR fail, pemain futsal wanita negara, Nur Shazreen Munazli (kiri) ketika mewakili Selangor MPSJ FC pada Piala Futsal Kebangsaan FAM-Felda 2015 pada 11 Jun lalu di Shah Alam. NSTP/Goh Thean Howe

KLANG: Skuad futsal wanita negara menewaskan Hong Kong 5-3 dalam aksi persahabatan antarabangsa kelas "A" di Real Sport Arena.

Nur Shazreen Munazli membuka tirai jaringan pada minit ke-17 hasil daripada rembatan jarak dekat.

Malaysia menambah jaringan kedua apabila kapten pasukan Farahiyah Muhd Ridzuan meledak gol pada minit ke-18.

Hong Kong kemudian membalas pula jaringan menerusi Wai Ki Cheung pada minit ke-19.

Pada separuh masa kedua, Hong Kong menyamai kedudukan 2-2 menerusi Wing Kum Ng pada minit ke-26.

Malaysia kemudiannya mengatasi Hong Kong dengan gol ketiga menerusi Noor Asyikin Mohd Noor pada minit ke-33, namun dibalas Hong Kong selang seminit kemudian sekali lagi menerusi Wai Ki Cheung.

Namun Intan Sarah Anisah Zulgafli menjadi penyelamat skuad negara, masing-masing menerusi jaringan pada minit ke-36 dan ke-37.

- BERNAMA

63 dibaca
Berita Harian X