Isnin, 19 Jun 2017 | 9:46pm

Subramaniam rai 300 pengamal media berbuka puasa


MENTERI Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam beramah mesra dengan pengamal media pada majlis berbuka puasa di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur, malam tadi. - Foto Aizuddin Saad

KUALA LUMPUR: Kira-kira 300 pengamal media diraikan dalam majlis berbuka puasa bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam di Hotel Seri Pacific di sini, malam tadi.

Majlis itu diadakan untuk menghargai pengamal media yang memberi sokongan terhadap Kementerian Kesihatan dengan laporan memanfaatkan masyarakat dan negara.

Editor, wartawan dan jurugambar yang hadir turut dihidangkan dengan beraneka juadah seperti kambing golek, sup 'gear box', nasi beriani, pasta dan kuih-muih tradisional.

Tetamu turut dihiburkan dengan nyanyian termasuk peserta Kilauan Emas musim ke-5, Dr Ann atau nama sebenarnya Dr Nurashikin Ibrahim.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Noor Hisham Abdullah.

Berita Harian X