Isnin, 19 Jun 2017 | 9:39pm
PENGARAH Urusan Kumpulan Glomac, Datuk Seri FD Iskandar bersama Pengerusi Eksekutif Kumpulan, Tan Sri FD Mansor bergambar bersama tetamu pada Majlis Berbuka Puasa di Pusat Beli-Belah Glo Damansara, sebentar tadi. - Foto Mahzir Mat Isa

Glomac rai anak yatim Rumah Aman


PENGARAH Urusan Kumpulan Glomac, Datuk Seri FD Iskandar bersama Pengerusi Eksekutif Kumpulan, Tan Sri FD Mansor menyampaikan replika cek kepada Pengasas Rumah Anak Yatim Aman, Abdul Rahman Dakri pada Majlis Berbuka Puasa di Pusat Beli-Belah Glo Damansara, sebentar tadi. - Foto Mahzir Mat Isa

DAMANSARA: Syarikat pemaju hartanah tempatan, Glomac Berhad menyampaikan sumbangan RM10,000 kepada Rumah Anak Yatim Aman, Shah Alam pada Majlis Berbuka Puasa di Pusat Beli-Belah Glo Damansara, sebentar tadi.

Replika cek sumbangan disampaikan Pengarah Urusan Kumpulan Glomac, Datuk Seri FD Iskandar bersama Pengerusi Eksekutif Kumpulan, Tan Sri FD Mansor kepada Pengasas Rumah Anak Yatim Aman, Abdul Rahman Dakri.

Pada majlis berkenaan, Glomac turut meraikan 71 anak yatim berusia empat hingga 15 tahun yang dibawakan khas daripada Rumah Anak Yatim Aman.

FD Iskandar yang juga Pengerusi Media Prima Berhad berkata kesemua anak yatim menerima sumbangan Aidilftri iaitu sepasang baju kurung untuk kanak-kanak perempuan dan sepasang baju Melayu untuk kanak-kanak lelaki.

Selain itu, mereka turut menerima duit raya sumbangan peribadi FD Iskandar dan keluarga.

"Inisiatif sumbangan Aidilfitri adalah acara tahunan kami sepanjang Ramadan, sekali gus menjalankan tanggungjawab sosial korporat dan memberikan semula sumbangan kepada komuniti.

"Kami berharap sumbangan ini akan membantu golongan tidak bernasib baik dan merealisasikan impian mereka seperti orang lain," katanya.

Turut hadir Pengarang Kumpulan BH, Datuk Mahfar Ali; Timbalan Pengarang Kumpulan BH, Datuk Badrulhisham Othman; Pengerusi Bernama, Datuk Seri Azman Ujang dan Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Zulkefli Hamzah.

Turut serta adalah Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Sapura Energy Berhad, Datuk Shahriman Shamsuddin; Ketua Pegawai Eksekutif Institut Akhbar Malaysia (MPI), Datuk Dr Chamil Wariya dan Pengarah Urusan Kanan CIMB Group, Datuk Shahrul Nazri Abdul Rahim.

52 dibaca
Berita Harian X