Khamis, 29 Jun 2017 - 3:22PM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Badan Khairat NSTP hulur sumbangan 

Oleh Norzamira Che Noh



TIMBALAN Pengerusi Badan Khairat NSTP, Roslan Ibrahim (tiga kiri) bersama Setiausaha Badan Khairat NSTP, Zamanuddin Jusoh (dua kiri) beramah mesra dengan orang ramai pada majlis berbuka puasa serta penyampaian sumbangan di Loji Percetakan Balai Berita 2 di Shah Alam, hari ini. - Foto Muhammad Sulaiman

SHAH ALAM: Badan Khairat The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) menghulurkan bantuan kepada enam ahlinya yang bertugas di Loji Percetakan Balai Berita 2 di sini, hari ini.

Sumbangan sebanyak RM500 kepada setiap seorang sempena sambutan Aidilfitri itu disampaikan Timbalan Pengerusi Badan Khairat NSTP, Roslan Ibrahim. 

Roslan berkata, sumbangan itu sebagai tanda sokongan moral kepada ahlinya, selain membantu meringankan beban dalam membuat persiapan menjelang Aidilfitri.

"Kita menyerahkan semuanya kepada ketua jabatan untuk memilih ahli yang berkelayakan menerimanya. Mereka (ketua jabatan) lebih memahami kesusahan mereka yang perlu dibantu," katanya ketika ditemui pemberita, di sini.

Hadir sama Setiausaha Badan Khairat NSTP, Zamanuddin Jusoh.

Roslan berkata, sumbangan itu sudah memasuki tahun ketiga dan akan diteruskan.

TIMBALAN Pengerusi Badan Khairat NSTP, Roslan Ibrahim (tengah) dan Setiausaha Badan Khairat NSTP, Zamanuddin Jusoh (enam kiri) bergambar bersama kakitangan NSTP di Loji Percetakan Balai Berita 2 di Shah Alam, hari ini. - Foto Muhammad Sulaiman

Trending

    Disyorkan