Isnin, 19 Jun 2017 | 5:46pm

FBM KLCI ditutup susut 2.41 mata

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mengakhiri dagangan hari ini lebih rendah disebabkan aktiviti pengambilan untung dalam kaunter utama terpilih.

Pada 5 petang, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.41 mata kepada 1,788.90, selepas bergerak dalam jajaran 1,785.25 dan 1,793.39 sepanjang hari.

Indeks itu dibuka 0.82 mata lebih tinggi pada 1,792.13.

Kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 714 berbanding 231, manakala 305 kaunter tidak berubah, 543 tidak didagangkan dan 31 yang lain digantung.

Sejumlah 1.93 bilion saham bertukar tangan bernilai RM1.89 bilion berbanding dua bilion saham bernilai RM2.93 bilion Jumaat lalu. - BERNAMA

15 dibaca
Berita Harian X