Isnin, 19 Jun 2017 | 4:41pm

Mayat pemuda OKU hanyut arus banjir ditemui


MAYAT Taufik Alias, 23, yang lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika banjir di Hulu Langat, Sabtu lalu, ditemui satu kilometer dari Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Dusun Tua pada jam 2.54 petang tadi. - Foto ihsan bomba

KUALA LUMPUR: Mayat pemuda Orang Kurang Upaya (OKU) yang lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika banjir di Hulu Langat, Sabtu lalu, ditemui pada jam 2.54 petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul, berkata mayat Taufik Alias, 23, ditemui orang awam terapung di sungai berhampiran Tanjung Niah, kira-kira satu kilometer dari Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Dusun Tua, lokasi dia dilaporkan hanyut.

Katanya, mayat sudah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, Taufik dikatakan cuba menyeberang kawasan jalan yang dinaiki air, namun gagal apabila dia dihanyutkan arus deras banjir ke Sungai Langat.

Video yang dirakam penduduk kampung dan menjadi viral di media sosial menunjukkan mangsa cuba diselamatkan seorang penduduk kampung tetapi gagal.

Berita Harian X