Khamis, 29 Jun 2017 - 3:35PM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Indonesia tidak gusar kejatuhan harga getah


FOTO hiasan.

JAKARTA: Indonesia tidak bimbang penurunan ketara harga getah baru-baru ini, berikutan asas pasaran kekal kukuh, kata Pengerusi Persatuan Getah Indonesia (GAPKINDO), Moenarji Soedargo.

Beliau berkata demikian menjelang mesyuarat pengeluar getah antarabangsa pada hujung minggu ini di Indonesia.

Namun Soedargo enggan mengulas berhubung perbincangan mesyuarat itu nanti, ketika negara-negara pengeluar utama getah dijangka membincangkan harga komoditi itu yang mencecah paras terendah tujuh bulan pada awal bulan ini, disebabkan sebahagiannya oleh kelembapan import dari China, yang juga pengguna terbesar komoditi itu.

"Persekitaran bekalan dan permintaan agak sihat, lebih baik berbanding dua tahun lalu," kata Soedargo.

"Asasnya kukuh, GAPKINDO tidak bimbang akan harga."

Beliau berkata, simpanan getah global berada pada sekitar 2.4 juta tan, turun lebih tiga juta tan pada 2015.

"Apa yang berlaku ketika ini adalah faktor teknikal... memberi kesan kepada persekitaran pasaran dan memberi tekanan ke atas harga," katanya tanpa mengulas lanjut. - REUTERS


Trending

    Disyorkan