Isnin, 19 Jun 2017 | 4:24pm

6 tentera Thailand maut letupan bom

PATTANI: Sebutir bom dipercayai ditanam pemberontak Islam di tepi jalan meledak dan meragut nyawa enam tentera serta mencederakan empat yang lain di wilayah selatan di sini, kata polis.

Difahamkan bom yang ditanam di atas jalan itu meletup ketika sekumpulan askar sedang melakukan rondaan rutin, kata Ketua Polis Daerah, Kolonel Pruk Liangsukwho.

"Ia mungkin kerja-kerja kumpulan pengganas di kawasan itu kerana kawasan ini adalah kawasan merah," kata Pruk kepada pemberita. Jurucakap tentera tidak dapat dihubungi untuk mengulas lanjut.

Keganasan di selatan lazimnya memuncak sepanjang bulan suci Ramadan, yang bakal berakhir pada Ahad ini.

Sejak 2005 lagi, kerajaan tentera Thailand mengadakan perbincangan yang diusahakan oleh Malaysia, bertujuan menamatkan keganasan, namun sebahagian besar proses itu terhenti.

Pemberontakan oleh kumpulan pemisah dari kalangan etnik Melayu sejak sedekad lalu di negara majoriti penganut Buddha itu sebahagian besarnya berlaku di wilayah Islam Yala, Pattani dan Narathiwat serta mengorbankan lebih 6,500 orang sejak 2004. - REUTERS

32 dibaca
Berita Harian X