Isnin, 19 Jun 2017 | 4:17pm

Harga minyak dunia terus menurun

SINGAPURA: Harga minyak dunia mencatat penurunan lanjut petang ini, dipengaruhi aktiviti penggerudian minyak syal yang berterusan di Amerika Syarikat (AS).

Harga penanda aras penghantaran hadapan minyak mentah Brent turun 18 cent, atau 0.4 peratus, pada AS$47.19 satu tong kepada 0659 GMT.

Harga West Texas Intermediate (WTI) bagi dagangan AS pula turun 20 cent, atau 0.5 peratus, kepada AS$44.54 satu tong.

Harga bagi kedua-dua penanda aras susut sekitar 14 peratus sejak hujung Mei, apabila negara pengeluar minyak diterajui OPEC melanjutkan tekad untuk mengurangkan pengeluaran sebanyak 1.8 juta tong sehari untuk tempoh sembilan bulan sehingga akhir suku pertama 2018.

Pedagang berkata, faktor utama menyebabkan harga rendah itu ialah peningkatan kukuh pengeluaran minyak AS yang mana ia menjadi penghalang kepada usaha menaikkan harga yang diterajui OPEC. - REUTERS

Berita Harian X