Ahad, 25 Jun 2017 - 2:52PM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Tauke, Nadia masih bertunang

Oleh Farhana Ab Rahman



PELAWAK, Tauke.

KUALA LUMPUR: Pelawak, Tauke, menegaskan ikatan pertunangan bersama wanita pilihannya yang dikenali sebagai Nadia sejak Disember 2015 masih utuh.

Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria menjelaskan, banyak faktor dalaman menyebabkan hasratnya untuk mendirikan rumah tangga tertangguh, namun beliau tetap berharap dapat mengakhiri zaman dudanya pada tahun ini juga.

"Ikatan pertunangan kami masih lagi terjalin dengan baik, jadi berita mengatakan kami sudah putus adalah tidak benar. Kalau boleh, semestinya saya ingin semua urusan dipercepat dan dipermudahkan, namun kita hanya mampu merancang.


TUNANG Tauke Jambu, nadia.

"Perkahwinan bukanlah perkara remeh kerana ia membabitkan banyak perkara dan juga keluarga. Semuanya harus diselesaikan dengan baik kerana pelbagai pihak turut terbabit, jadi doakan semuanya berjalan dengan lancar.

"Saya sendiri berharap dapat berkahwin dalam tahun ini juga kerana tidak mahu hasrat itu tertangguh lagi," kata Tauke ketika ditemui pada program iftar bersama Perdana Menteri di Sri Perdana, Putrajaya.

Berita pertunangan Tauke berlangsung secara tertutup di rumah keluarga perempuan di Terengganu, namun ia dikongsi menerusi laman Facebook sebuah stesen radio swasta.

Bercerita mengenai perkembangan kerjaya, selepas dua tahun pemergian Pak Yus, Tauke mengaku belum bertemu gandingan serasi dengannya.

"Bukan mudah untuk mencari keserasian, apatah lagi saya dan arwah Pak Yus memang rapat, namun saya enggan terburu-buru.

"Kalau saya rasa sesuai (dengan mana-mana pelawak), namun peminat tidak dapat menerima lawak kami, tiada gunanya juga," kata Tauke.


PELAWAK, Tauke Jambu. - Foto Nurul Syazana Rose Razman.


Trending

    Disyorkan