Ahad, 18 Jun 2017 | 1:50pm

Beyonce bersalin anak kembar

LOS ANGELES: Diva pop Amerika Syarikat, Beyonce dan suaminya, Jay-Z, menyambut kelahiran sepasang kembar, menurut laporan media negara itu.


Beyonce

Berita penyanyi itu sudah bersalin, yang dilaporkan kali pertama oleh majalah People dan US Weekly, dihangatkan media sosial, dengan kumpulan peminat bercerita mengenai jantina bayi yang belum didedahkan dan nama orang baru dalam keluarga bintang pop itu.

Rancangan hiburan E! melaporkan, pasangan itu kelihatan di hospital Los Angeles Khamis lalu.

Spekulasi semakin memuncak apabila seorang wanita tidak dikenali dirakamkan kelmarin membawa sejambak besar bunga merah jambu, biru dan ungu, dilengkapi kad tertulis 'B+J' selain belon berwarna merah jambu dan biru dalam bentuk kaki yang bertulis 'Bayi Perempuan' dan 'Bayi Lelaki'.

Diva pop itu mengumumkan beliau hamil anak kedua Februari lalu. Pasangan berkenaan mempunyai seorang anak perempuan, Ivy Blue, 5.

Beyonce yang mempunyai pengaruh di internet menyiarkan gambar beliau melutut di sebelah jambangan bunga bersaiz manusia, dengan tangannya memegang perut.

AFP

53 dibaca
Berita Harian X