Ahad, 18 Jun 2017 | 7:00am

Tawaran menarik sempena perayaan

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) mengumumkan tawaran eksklusif sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba akhir bulan ini.

Mendahului senarai tawaran adalah penyelenggaraan percuma selama lima tahun bagi sebarang varian model Vento dan Passat yang dibeli sehingga 31 Julai 2017 selain promosi rebat duit raya.

Selain itu, pelanggan yang mendaftar dan menerima kereta Volkswagen sebelum 30 Jun 2017 akan menerima baucar petrol RM500 ketika 'menjemput' kereta baharu mereka.

Promosi istimewa kepada pelanggan

Pelanggan juga boleh mengunjungi Jelajah Jualan Volkswagen untuk mengetahui lebih lanjut di Berjaya Time Square pada 1 - 4 Jun dan Avenue K pada 2 Jun - 4 Julai.

Sementara itu, bahagian selepas jualan Volkswagen juga mengadakan promosi bahagian istimewa kepada pelanggan sedia ada.

Promosi sehingga 15 Julai 2017 itu menyaksikan pemilik boleh menikmati diskaun 20 peratus untuk brek cakera dan pad brek bermula dari RM304.

Pelanggan juga akan menerima hadiah percuma dan paket Raya dengan berbelanja minimum RM400 bagi penyelenggaraan dan servis kenderaan ketika tempoh promosi.

Info:

Senarai model dan penjimatan bagi promosi Raya Volkswagen berakhir 31 Julai 2017

* Polo penjimatan RM7,000

* Polo ALLSTAR penjimatan RM7,000

* Vento penjimatan RM11,000

* Vento ALLSTAR penjimatan RM11,000

* Vento GT penjimatan RM8,000

* Jetta penjimatan RM10,000

* Golf penjimatan RM21,000

* Passat Comfortline penjimatan RM15,000

* Passat Trendline penjimatan RM15,000

* Tiguan Comfortline penjimatan RM5,000

42 dibaca
Berita Harian X