Khamis, 15 Jun 2017 | 5:31pm

Tugas berat Almeida kekalkan MU di Liga Super

MELAKA: Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) mahukan jurulatih baharu pasukan, Eduardo Almeida melepasi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) iaitu mengekalkan Melaka United (MU) di Liga Super musim depan.

Bekas jurulatih T-Team kelahiran Portugal yang menggantikan Eric Williams itu menandatangani kontrak selama enam bulan, iaitu hingga tamat saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

"Apapun buat masa ini ruang luas diberikan kepadanya untuk mengembalikan kecemerlangan pasukan dengan misi memantapkan persembahan skuad Hang Tuah menerusi kehadiran lapan muka baharu," kata Timbalan Presiden MUSA, Datuk Wira Mohd Mahadi.

"Kami tidak mengenakan sebarang syarat termasuk menggugurkannya jika pasukan tewas berturut-turut.

"Apa yang pasti kami memberi dia peluang hingga akhir musim dengan KPI mengekalkan MU beraksi di Liga Super musim depan," katanya, hari ini.

Beliau berkata, Almeida memiliki pengalaman yang amat luas sebagai jurulatih dan antara kelab yang pernah dibimbingnya termasuk Pinhalnovense, Angrense dan Benfica (B-16).

Justeru, MUSA berkata MU mengikat Almeida kerana yakin dengan kemampuannya.

Mohd Yusoff berkata, pengendali berkenaan sempat menyaksikan MU menewaskan Negeri Sembilan 3-2 pada perlawanan persahabatan di Paroi, malam kelmarin.

Beliau berkata, apa yang pasti Almeida sudah melihat persembahan pemain untuk dibentuk menjelang perlawanan liga dan Piala Malaysia selepas Aidilfitri kelak.

86 dibaca
Berita Harian X