Ahad, 7 Mei 2017 | 1:00pm
MAYAT Min Bahadur Sherchan dibawa ke Lukla. - Foto AFP

Lelaki Nepal cuba jadi pendaki tertua Everest maut


Min Bahadur Sherchan

KATHMANDU: Seorang lelaki Nepal berusia 85 tahun maut ketika cuma mendapatkan kembali gelaran pendaki tertua Gunung Everest.

Min Bahadur Sherchan meninggal dunia di kem induk Everest petang semalam.

Punca kematiannya masih belum dapat disahkan, tetapi pegawai pendakian, Gyanendra Shrestha, berkata dia mungkin mengalami serangan jantung.

Shrestha tidak dapat mengulas lanjut akibat gangguan isyarat telefon.

Sherchan yang mempunyai 17 cucu dan enam cicit, pertama kali mendaki Everest pada Mei 2008 ketika berusia 76 tahun dan menjadi pendaki tertua sampai ke puncak ketika itu.

Rekod beliau dipecahkan pada 2013 oleh pendaki Jepun berusia 80 tahun, Yuichiro Miura.

Seorang pendaki terkenal Switzerland, Ueli Steck, yang sedang berlatih untuk mendaki Everest, terbunuh pada Ahad lalu. - AP

509 dibaca
Berita Harian X