Ahad, 26 March 2017 | 2:35pm

Pembantu juruukur dipenjara 13 tahun


TERTUDUH dipenjara 13 tahun dan tiga sebatan akibat merogol kekasihnya yang juga remaja bawah umur.

KOTA BHARU: Seorang pembantu juruukur dihukum penjara 13 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini hari ini, kerana merogol remaja bawah umur yang juga kekasihnya, tahun lalu.

Hakim Nazri Ismail mengenakan hukuman itu selepas Muhammad Yuhazfiza Suhazwan Sukri, 23, menukar pengakuan kepada bersalah ketika prosiding perbicaraan berlangsung.

Tertuduh didakwa merogol seorang remaja perempuan berusia 15 tahun ketika kejadian, di Kampung Kubang Kawah, Bachok antara jam 2 pagi hingga 7 pagi pada 4 Julai 2016.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang boleh dijatuhkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan juga sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Siti Hajar Alias.

318 dibaca
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »