Selasa, 31 Januari 2017 | 11:11am

DAP perlu dicabar ubah perlembagaan parti


AHLI Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi. - Foto Syarafiq Abd Samad

KUALA LUMPUR: DAP perlu dicabar untuk 'mengubah' perlembagaan partinya bagi menunjukkan ideologi sebenar parti itu seiring dengan semangat Perlembagaan Persekutuan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata cabaran itu mesti hadir dari rakan sekutunya sendiri termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Mohamad Sabu serta Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, jika mereka ini gagal memberi cabaran itu, maka benarlah dakwaan bahawa veteran DAP, Lim Kit Siang adalah 'Ketua De Facto Pakatan Rakyat'.

Mohd Puad mengulas artikel ditulis Dr Kamarul Zaman Yusoff di akhbar ini, dengan hujahnya banyak merujuk kepada Perlembagaan DAP itu sendiri yang tidak selari dengan Perlembagaan Persekutuan, terutama dalam aspek agama Islam.

169 dibaca
Berita Harian X