Sabtu, 31 Disember 2016 | 11:40am
KEADAAN di Kampung Kuala Tiga Gual Ipoh dinaiki air ekoran hujan lebat dan angin kuat bermula jam 4 pagi tadi. - Foto Ihsan Hasnah Abu Hassan.

Paras sungai di Kelantan di tahap berjaga-jaga


KEADAAN di Kampung Kuala Tiga Gual Ipoh dinaiki air ekoran hujan lebat dan angin kuat bermula jam 4 pagi tadi. - Foto Ihsan Hasnah Abu Hassan.

KOTA BHARU: Taburan hujan dan paras sungai di beberapa kawasan di Kelantan kini berada pada paras berjaga-jaga.

Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan, Ir Shahimi Sharif, berkata sehingga jam 10 pagi tadi, beberapa paras sungai seperti di Dabong, Kuala Krai, Gua Musang, Tanah Merah menunjukkan peningkatan.

Paras Sungai Galas menunjukkan bacaan 34.15 meter (m) iaitu menghampiri paras bahaya 35m, manakala Sungai Lebir Tualang, bacaan menunjukkan paras 27.90m iaitu melebihi paras berjaga-jaga 27m.


KEADAAN di Kampung Kuala Tiga Gual Ipoh dinaiki air ekoran hujan lebat dan angin kuat bermula jam 4 pagi tadi. - Foto Ihsan Hasnah Abu Hassan.

Sungai Kelantan di Kuala Krai mencatatkan paras 20.02m iaitu melebihi paras bahaya 20m, manakala Sungai Kelantan di Kusial menunjukkan bacaan 12.37m iaitu melebihi paras berjaga-jaga 12m.

"Sungai Golok di Jenob menunjukkan bacaan 22.48m iaitu menghampiri paras amaran iaitu 22.50m," katanya ketika dihubungi di sini, pagi ini.

Shahimi memaklumkan taburan hujan di beberapa kawasan pula mencatatkan paras sangat lebat.

Taburan air hujan di kawasan Dabong mencatatkan 180 milimeter (mm), manakala di Gua Musang (57mm), di Kuala Krai (183mm), di Tanah Merah (141mm), manakala di Kota Bharu (62mm) dan di Tumpat (57mm).

Shahimi memaklumkan walaupun hujan dijangka berlaku sehingga lewat petang ini, orang ramai perlu berhati-hati kerana paras air yang meningkat boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah.

164 dibaca
Berita Harian X