Rabu, 3 Ogos 2016 | 3:35pm

Fatin Nurfatehah terima insentif terbanyak


ATLIT memanah wanita Malaysia, Fatin Nurfatehah Mat Salleh. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim

PUTRAJAYA: Atlet memanah, Fatin Nurfatehah Mat Salleh dan perenang negara, Erica Kong menerima insentif terbanyak selepas membantu kontinjen Malaysia meraih pingat di Sukan Universiti ASEAN (AUG) di Singapura, bulan lalu.  

Fatin menerima RM4,500 selepas membawa pulang tiga pingat emas dalam acara compound individu, beregu campuran dan berpasukan di Singapura manakala satu gangsa diraih ketika menyertai acara beregu campuran compound di Kejohanan Universiti Dunia (WUC) di Mongolia.

Insentif kedua tertinggi sebanyak RM4,150 pula diterima perenang negara, Erica Kong selepas meraih dua emas dalam acara 100 meter kuak dada dan 50m kuak dada. Dia juga meraih gangsa dalam acara 200m rampaian.

Pada kejohanan di Singapura itu, kontinjen negara membawa pulang 27 emas, 30 perak dan 34 gangsa sekali gus meletakkan Malaysia berada di kedudukan ketiga keseluruhan di belakang Indonesia dan Thailand.

Majlis penyerahan insentif yang berlangsung di Lobi Utama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) itu, disempurnakan menterinya Datuk Seri Idris Jusoh.

165 dibaca
Berita Harian X