Isnin, 27 Jun 2016 | 12:01am

Lenovo terajui telefon pintar teknologi 5G


Tango

GERGASI komputer China, Lenovo mempamerkan telefon pintar Tango yang ditunggu-tunggu pada awal bulan ini, sejajar dengan tumpuan masa depan syarikat itu di tengah-tengah perkembangan internet kebendaan (IoT).

Telefon pintar PHAB2 Pro yang berada di pasaran dengan inspirasi Google mewujudkan Tango, teknologi realiti yang diperkukuhkan, diberi layanan bintang pada majlis Dunia Teknologi Lenovo di San Francisco, baru-baru ini.

PHAB2 Pro dijangka mula dipasarkan di seluruh dunia bermula September ini pada harga AS$499.

"Ia adalah satu teknologi luar biasa, benar-benar, pada harga yang hebat," kata Pengarah Kejuruteraan Tango, Johnny Lee dalam ucaptama pada majlis itu.

Sementara itu, Ketua Eksekutif Lenovo, Yang Yuanqing, turut mengumumkan pelancaran telefon pintar baharu, Moto Z yang boleh disesuaikan dengan mod.


Moto Z

Ia mengkhususkan perkakasan tertentu yang dilekapkan ke tempat magnet untuk memberi keupayaan tambahan telefon bimbit.

Sebagai contoh, satu mod membolehkan Moto Z memancarkan video pada dinding atau siling pada saiz sebesar skrin televisyen 70 inci.

Satu lagi mod menukarkan telefon bimbit Moto Z kepada speaker yang berkuasa.

"Telefon ini boleh mentransformasikan dirinya," kata pelakon dan jurucakap Lenovo, Ashton Kutcher. - AFP

INFO:

PHAB2 Pro

-AS$499

-Teknologi realiti yang diperkukuhkan

Moto Z

-Harga tidak didedahkan

87 dibaca
Berita Harian X