Sabtu, 21 Mei 2016 | 1:32am

Rangkaian tv Media Prima menang 5 kategori ASA 2016

KUALA LUMPUR: Rangkaian Stesen Televisyen Media Prima Berhad mengungguli lima kategori televisyen (TV) pada Anugerah Seri Angkasa 2016 (ASA 2016) yang berlangsung di Auditorium Perdana, Angkasapuri, malam tadi.

Drama TV9 berjudul Lorong Kecil Ke Syurga mendominasi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Drama dan Pelakon Pembantu Wanita Drama menerusi lakonan Kodi Rasyeed dan Raja Ilya.

Stesen TV3 dianugerahkan Penerbitan Sukan TV Terbaik menerusi Perlawanan Akhir Piala FA 2015, manakala, 8TV meraih anugerah Jurukamera TV Terbaik menerusi program Hip Hoppin Asia The Saga.

Stesen radio ONEfm dinobatkan sebagai Promo Radio Terbaik melalui promo ONE Opera House.

ASA 2016 turut menganugerahkan program NTV7 berjudul, Aunty Must Go Crazy sebagai Candawara TV Terbaik.

Anugerah Seri Angkasa 2016 (Jumaat):

1. ONEfm - ONE Opera House - Promo Radio Terbaik

2. 8TV - Hip Hoppin Asia The Saga Continues - Jurukamera TV Terbaik

3. TV3 - Perlawanan Akhir Piala FA 2015 - Penerbitan Sukan TV Terbaik

4. NTV7 - Aunty Must Go Crazy - Candawara TV Terbaik

5. TV9 - Kodi Rasyeed - Lorong Kecil Ke Syurga - Pelakon Pembantu Lelaki Drama TV Terbaik

6. TV9 - Raja Ilya - Pelakon Pembantu Wanita Drama TV Terbaik

130 dibaca
Berita Harian X