Sabtu, 7 Mei 2016 | 10:11pm

Calon paling muda BN Allan menang di Machan


CALON Barisan Nasional N.50 Machan, Allan Siden Gramong. - Foto Mohd Fadli Hamzah

KUCHING: Allan Siden Gramong, 30, calon Barisan Nasional (BN) memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machan, yang disandang bapanya Datuk Gramong Juna selama 38 tahun, pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11.

Allan Siden yang juga calon paling muda BN, mengalahkan calon PKR Chen Nguk Fa dan Semawi Paong (Bebas) dengan majoriti 2,952 undi.

Anggota Jawatankuasa Pusat Pemuda PBB itu memperoleh 4,550 undi berbanding Chen sebanyak 1,381 dan Semawi 1,598 undi. - BERNAMA

355 dibaca
Berita Harian X