Ahad, 6 March 2016 | 8:21am
PEMAIN Real Madrid, Cristiano Ronaldo meraikan jaringan ketiganya bersama rakan sepasukan, Casemiro dan Lucas Vazquez dalam saingan menentang Celta Vigo di Stadium Santiago Bernabeu, awal pagi tadi. - Foto Reuters

Empat gol Ronaldo bantu Real belasah Celta 7-1


CRISTIANO Ronaldo (kiri) menutup mulut pengkritiknya ketika menghasilkan empat gol untuk menjulang Real Madrid belasah Celta Vigo 7-1. - Foto EPA

MADRID: Selepas diejek oleh segelintir penyokong, Cristiano Ronaldo menutup mulut pengkritiknya ketika menghasilkan empat gol untuk menjulang Real Madrid belasah Celta Vigo 7-1, malam tadi.

Pemenang Pemain Terbaik Dunia tiga kali itu memiliki tiga gol lebih berbanding Telmo Zarra untuk muncul penjaring kedua terbanyak dalam sejarah La Liga dengan menghasilkan 252 gol dalam 228 penampilan.

Satu lagi berita baik buat Real apabila Gareth Bale turut menghasilkan satu gol ketika meledak jaringan ketujuh selepas tampil buat kali pertama sejak tersisih enam minggu berikutan kecederaan betis.

Kemenangan itu menjadikan Real hanya ketinggalan sembilan mata dengan pendahulu ketika ini, Barcelona yang hanya akan beraksi menentang Eibar, malam ini.

"Kamu kenal Cristiano dan dia mampu menjaringkan empat gol. Sebab itu dia adalah pemain yang unik," kata pengurus Real, Zinadine Zidane.

"Ini sebahagian daripada bola sepak yang mahukan. Tetapi dalam masa sama mereka cukup kenal pemain dan sentiasa mahu lebih.

"Pastinya ia sesuatu yang bagus untuk kami tingkatkan lagi prestasi pasukan." - AFP


GARETH Bale ketika berdepan dengan pemain Celta Vigo, Hugo Mallo dalam aksi di Santiago Bernabeu. - Foto Reuters

127 dibaca
Berita Harian X