Jumaat, 12 Januari 2018 | 7:58am
JAMES Franco. - Foto Reuters

Wanita tuduh bintang Hollywood salah laku seksual

LOS ANGELES: Lima wanita secara terbuka menuduh bintang Hollywood, James Franco melakukan gangguan seksual terhadap mereka, iaitu beberapa hari selepas aktor itu meraih Anugerah Golden Globes.

Akhbar The Los Angeles Times semalam, melaporkan berita mengenai empat bekas pelajar sekolah filem yang diasaskan oleh Franco, yang menuduhnya melakukan eksploitasi dalam beberapa adegan bogel.

Sementara, seorang lagi wanita mendakwa Franco memaksanya melakukan felatio ketika mereka bersama selama dua tahun.

Bagaimanapun, aktor berusia 39 tahun itu dan peguamnya menafikan semua tuduhan berkenaan.

Kelmarin, Franco menolak dakwaan terbabit dalam kes salah laku seksual susulan beberapa tuduhan dipaparkan di media sosial.

Beliau menyatakan sokongannya terhadap sekumpulan wanita yang tampil mendedahkan perbuatan pengarah, Harvey Weinstein. - AFP

2533 dibaca
Berita Harian X