Rabu, 3 Januari 2018 | 6:55pm
HELIKOPTER tentera Russia, MI-24.

Kesilapan teknikal punca helikopter tentera Russia terhempas

MOSCOW: Helikopter tentera Russia, MI-24, terhempas di Syria pada 31 Disember lalu disebabkan kesilapan teknikal, mengorbankan dua juruterbangnya, lapor agensi berita negara itu, memetik Kementerian Pertahanan sebagai berkata hari ini.

Pesawat itu terhempas ketika dalam penerbangan ke pangkalan udara Hama, lapor agensi berita RIA. - Reuters

819 dibaca
Berita Harian X