Khamis, 12 Oktober 2017 | 10:00pm

AS tarik diri daripada UNESCO

WASHINGTON: Amerika Syarikat tarik diri daripada Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), berkuat kuasa 31 Disember ini, kata Jabatan Negara AS dalam kenyataan hari ini.

"Keputusan tidak diambil ringan, dan mencerminkan kebimbangan AS dengan penambahan tunggakan di UNESCO, keperluan pembaharuan dalam pertubuhan dan sikap anti-Israel berterusan di UNESCO," kata jabatan itu, menambah AS akan kekal terbabit sebagai pemantau bukan ahli dalam usaha menyumbang pandangan, perspektif dan kepakaran.

Sementara itu, ketua UNESCO, Irina Bokova, menyuarakan kekesalan berhubung keputusan AS itu, menyifatkan ia sebagai 'kehilangan kepada pelbagai pihak'.

"Saya ingin meluahkan kekesalan dengan keputusan AS menarik diri daripada UNESCO," katanya dalam satu kenyataan. - Reuters/AFP

1860 dibaca
Berita Harian X