;
Rabu, 14 Februari 2018 | 11:46am
PRESIDEN Perancis, Emmanuel Macron. - Foto EPA-EFE

Perancis sedia serang Syria

PARIS: Presiden Perancis, Emmanuel Macron, berkata kerajaannya sedia melancarkan serangan jika terbukti rejim Syria menggunakan senjata kimia yang diharamkan ke atas orang awam.

"Kami akan menyerang tempat senjata itu dilancarkan dan lokasi mereka berbincang mengenainya.

"Setakat ini, kami masih belum mempunyai bukti bahawa senjata kimia yang diharamkan digunakan ke atas orang awam.

"Namun, sebaik sahaja bukti itu diperoleh, saya akan penuhi janji yang saya buat sebelum ini," kata Macron sambil memberi amaran bahawa keutamaan adalah berjuang menentang pengganas. - AFP

3890 dibaca
Berita Harian X