Rabu, 14 Februari 2018 | 7:25am
KEADAAN bangunan yang musnah selepas dilanda siklon Gita di Nuku'alofa, Tonga. - Foto AFP

Siklon Gita landa dua pulau di Fiji

WELLINGTON: Beberapa rumah dan kawasan pertanian musnah selepas siklon Gita melanda pulau Vatoa serta Ono-i-Lau di selatan kepulauan Fiji.

Perkhidmatan Meteorologikal Fiji sebelum ini meramalkan tiupan angin kencang dengan kelajuan antara 195 kilometer sejam (kmj) hingga 275 kmj di kawasan terbabit.

Stesen radio NZ melaporkan ketiadaan doktor di pulau terbabit menyukarkan usaha untuk membantu mangsa, terutama selepas siklon kategori empat yang melanda kawasan itu menyebabkan bekalan elektrik terputus.

Namun, program radio Australia's Pacific Beat dalam mesej di Twitter melaporkan penduduk di Ono-i-Lau memaklumkan tiada mangsa yang cedera akibat siklon itu.

Sebelum ini, siklon Gita sudah menyebabkan kemusnahan teruk dan banjir di Samoa, American Samoa serta Tonga. - Reuters

362 dibaca
Berita Harian X