Sabtu, 13 Januari 2018 | 9:18pm
FOTO hiasan.

Nelayan Palestin ditembak di laut

BAITULMAQDIS : Seorang nelayan Palestin mati ditembak oleh tentera laut Mesir, kata Kementerian Gaza, semalam.

Kejadian berlaku pada lewat Jumaat (waktu tempatan) berhampiran bandar Rafah yang bersempadan dengan Mesir, kata jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza, Ashraf al-Qidra.

Tidak dapat disahkan sama ada nelayan itu cuba menyeberangi sempadan perairan Mesir.

Tentera laut Mesir biasanya melepaskan tembakan ke arah penduduk Gaza yang didakwa cuba menyeberangi sempadan perairan.

Nelayan Gaza kerap menangkap ikan di kawasan Mesir sebagai cara mengatasi sekatan terhadap mereka oleh tentera laut Israel.

Menurut nelayan Gaza, zon perikanan terhad yang dikenakan Israel tidak cukup untuk memenuhi keperluan 2 juta penduduk di kawasan itu. - Reuters

535 dibaca
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »