Sabtu, 13 Januari 2018 | 12:20pm
MAHKAMAH Singapura mendakwa tiga lagi lelaki disyaki terbabit dalam kes kecurian minyak berskala besar di kilang penapisan terbesar Shell. - Foto AFP

3 lagi didakwa kes curi minyak di Singapura

SINGAPURA: Mahkamah Singapura hari ini mendakwa tiga lagi lelaki disyaki terbabit dalam kes kecurian minyak berskala besar di kilang penapisan terbesar Shell, beberapa hari selepas pihak berkuasa menyoal siasat 11 yang lain.

Pihak berkuasa Singapura melakukan siasatan menyeluruh selepas Syarikat Shell membuat aduan pada Ogos 2017 berhubung kecurian di tapak penapisan milik syarikat itu di Pulau Bukom yang terletak di selatan negara itu.

Menurut dokumen mahkamah, ketiga-tiga yang didakwa termasuk rakyat Vietnam menerima harta curi dengan gabungan nilai S$896,444 (RM2.7 juta) di tapak Pulau Bukom.

Jumlah produk minyak yang terbabit dalam kecurian dua hari pada penghujung 2017 itu adalah gabungan kepada 2,062 tan minyak gas bernilai S$1.126 (RM3.37 juta) seperti yang disebut dalam pertuduhan terhadap 11 suspek lain pada Selasa lalu. - Reuters.

529 dibaca
Berita Harian X