Sabtu, 13 Januari 2018 | 7:42am
Robert John Burck, seorang seniman jalanan Amerika yang dikenali sebagai 'The Cowboy Naked', dilihat membuat persembahan di Mexico City. - Foto AFP

Nyanyi lagu tembok Trump

Mexico City: Seorang lelaki yang menggelarkan dirinya 'The Naked Cowboy' mengenakan pakaian dalam, bertopi sambil membawa gitar bertindak berani menyanyikan lagu untuk Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, di sini.

Robert John Burck, seniman jalanan yang pernah mengadakan persembahan di New York Times Square menyanyikan sebuah lagu yang mengisahkan hasrat Trump untuk membina tembok pemisah.

Seniman yang gemar mengenakan pakaian dalam bertulis 'Naked Cowboy' (koboi bogel) dengan pelbagai warna, sekalipun ketika cuaca sejuk itu, secara terbuka mengatakan sokongannya terhadap agenda presiden itu.

"Trump akan membina tembok, tembok itu akan melindungi kita. Pada saya itu idea yang bagus," katanya yang berada di Mexico ketika ini.

Tindakan Burck dianggap berisiko ketika hubungan antara AS dan Mexico tegang disebabkan hasrat Trump mahu membina tembok dan menyifatkan pendatang Mexico sebagai penjenayah dan perogol.

Burck ditemui membuat persembahan di bangunan bersejarah di tengah bandar raya Mexico, memetik gitar sambil menyapa orang ramai yang lalu-lalang untuk berhibur dan bergambar dengannya. - AFP

646 dibaca
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »