Jumaat, 12 Januari 2018 | 10:28pm
PRESIDEN Donald Trump. - Foto AFP

Trump nafi hina negara Afrika

WASHINGTON: Presiden Donald Trump menyatakan penafian dalam Twitter selepas dipetik sebagai menggambarkan Afrika dan negara lain sebagai 'negara amat kotor' ketika tercetus kemarahan antarabangsa berhubung kenyataan itu.

Kenyataan Trump itu yang dilaporkan dibuat ketika mesyuarat dengan ahli perundangan semalam mengenai pembaharuan imigresen, mengundang dakwaan beliau bersifat perkauman.

"Mengapa kita terima semua penduduk 'negara amat kotor' ini datang ke sini," kata Trump, seperti diberitahu sumber kepada akhbar The Washington Post.

Akhbar The New York Times turut melaporkan kenyataan sama tidak lama kemudian, memetik sumber tidak dikenali yang menyertai mesyuarat itu.

"Saya menggunakan bahasa kasar dalam mesyuarat tetapi bukan itu yang disebut," katanya dalam Twitter awal hari ini.

Kedua-dua akhbar melaporkan, kenyataan menghina dikeluarkan Trump semalam itu merujuk kepada negara Afrika dan Haiti. - AFP

591 dibaca
Berita Harian X