Rabu, 10 Oktober 2018 | 4:47pm
Ketua Polis Kenya, Joseph Boinnet. - Foto AFP

Angka kematian kemalangan di Kenya cecah 51 orang

NAIROBI: Angka kematian kemalangan membabitkan sebuah bas yang terbalik, di Kenya awal pagi tadi, dilaporkan meningkat kepada 51 orang.

“Ia sangat malang, apabila kita kehilangan 51 penduduk,” kata Ketua Polis Kenya, Joseph Boinnet kepada stesen radio Capital FM.

Menurut polis, bas berkenaan dalam perjalanan dari Nairobi ke Kakamega dan dipercayai membawa 52 penumpang.

Pertubuhan Palang Merah Kenya dalam ciapan di Twitter melaporkan bas berkenaan terbalik, namun punca sebenar kejadian masih belum diketahui. - AFP

129 dibaca
Berita Harian X