Rabu, 10 Januari 2018 | 7:13am
RABU lalu, 14 maut selepas pengebom nekad menyerang sebuah masjid di Gamboru ketika mereka sedang menunaikan solat subuh. - Foto Reuters

Tembak mati dua pengebom nekad

KANO: Tentera Nigeria menembak mati dua remaja perempuan yang memakai jaket yang dipasang dengan bahan letupan, di timur laut negara itu, beberapa hari selepas insiden letupan yang mengorbankan 14 mangsa.

Menurut sumber tentera kepada AFP, ketika kejadian anggota tentera terbabit sedang melakukan pemeriksaan di Gamboru.

Katanya, anggota tentera terpaksa melepaskan tembakan selepas dua remaja itu enggan menanggalkan jaket berkenaan.

"Anggota tentera yang bertugas berjaya mengesan tiga remaja perempuan dan dua daripadanya ditembak mati, manakala seorang lagi yang memakai tali pinggang berisi bahan letupan berjaya ditahan," kata jurucakap anggota militan, Umar Kachalla.

Pada Rabu lalu, 14 maut selepas pengebom nekad menyerang sebuah masjid di Gamboru ketika mereka sedang menunaikan solat subuh. - AFP

426 dibaca
Berita Harian X