Ahad, 7 Januari 2018 | 7:31am
Sekumpulan penyerang bersenjata menembak mati 13 orang dan mencederakan tujuh yang lain di sebuah kawasan hutan di Casamance, selatan Senegal, kata sumber keselamatan. - Foto Twitter

13 mati serangan bersenjata di Senegal

DAKAR : Sekumpulan penyerang bersenjata menembak mati 13 orang dan mencederakan tujuh yang lain di sebuah kawasan hutan di Casamance, selatan Senegal, Sabtu.

Sehingga kini tiada pihak tampil mengaku bertanggungjawab atas serangan terhadap sekumpulan pencari kayu api berdekatan pekan Borofaye, kira-kira 10 kilometer dari sempadan Guinea Bissau itu.

Jurucakap tentera, Abdoul Ndiaye, berkata kawasan terbabit ialah kubu sebuah kumpulan pemberontak yang ditubuhkan pada 1982 iaitu salah satu daripada kumpulan pemberontak tertua di rantau Afrika.

Kumpulan dikenali sebagai Gerakan Pasukan Demokratik Casamance (MFDC) bergiat aktif di selatan Senegal yang terpisah daripada pemerintahan bahagian utara Gambia.

MDFC bagaimanapun, tidak lagi bergiat aktif ketika ini susulan gencatan senjata pada tahun 1984 namun begitu, banyak kawasan masih ditutup kerana terdedah kepada periuk api dan senjata berbahaya. - Reuters

221 dibaca
Berita Harian X