Sabtu, 6 Januari 2018 | 9:14am

18 maut bas mini bertembung dengan trak

BISSAU (GUINEA-BISSAU): Sekurang-kurangnya 18 maut, manakala 14 lagi cedera apabila sebuah bas mini yang sarat dengan penumpang bertembung dengan sebuah trak, lewat Jumaat.

Menurut saksi, trak itu dipandu dengan begitu laju sebelum pemandunya hilang kawalan dan bertembung dengan bas mini berkenaan di Bissauzinho, kira-kira 15 kilometer dari ibu negara, Bissau.

Sumber polis berkata, sekurang-kurangnya 10 daripada mangsa yang cedera berada dalam keadaan yang serius.

Kedua-dua pemandu kenderaan maut di lokasi kejadian, manakala bas itu hancur akibat perlanggaran berkenaan.

Susulan kemalangan itu, pihak berkuasa turut melancarkan kempen menderma darah bagi membantu mangsa yang kritikal.

Guinea-Bissau yang terletak di antara Senegal dan Guinea ialah antara negara termiskin di dunia. - AFP

124 dibaca
Berita Harian X