Ahad, 31 Disember 2017 | 3:50pm

30 terkorban kemalangan bas di Kenya

NAIROBI: Seramai 30 orang maut dan 16 lagi dilaporkan cedera selepas sebuah bas bertembung dengan lori di Kenya, awal pagi semalam, lapor polis,

"Seramai 30 mangsa disahkan meninggal dunia," kata ketua polis trafik Rift Valley, Zero Arome mengenai kemalangan berdekatan pekan Nakuru pada jam 3 pagi waktu tempatan.

"Semua mayat sudah dibawa keluar dari bas berkenaan manakala mangsa yang cedera dihantar ke hospital," katanya.

Tragedi malang itu berlaku berhampiran jalan raya terkenal menghala lebuh raya Nakuru-Eldoret menyaksikan bas dari Busia bertembung dengan trak dari Nakuru.

Polis berkata, pada bulan ini saja, angka kematian akibat kemalangan jalan raya mencecah 100 orang.

Statistik rasmi menunjukkan kira-kira 3,000 orang maut setiap tahun dalam kemalangan jalan raya di Kenya. - AFP

221 dibaca
Berita Harian X